4 Oktober 2009
7.oo pagi : Saya bangun awal hari ini kerana hari ini ialah hari jadi saya. Selepas membersihkan diri, saya pun pergi ke pasar dengan ibu. Saya amat bersyukur kerana ibu bapa berjanji akan mengadakan jamuan hari jadi untuk saya.
8.00 pagi : Setelah pulang dari pasar, rumah saya telah dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni. Bapa juga telah membeli sebiji kek keju yang besar untuk saya.
9.00 pagi : Ibu dan kakak sibuk menyediakan makanan di dapur. Bapa, abang dan saya pula merancang rancangan hari jadi saya.
1.00 petang : Saya berdiri di muka pintu untuk menyambut kedatangan saudara-mara dan
kawan-kawan. Mereka mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepada saya lalu memberikan hadiah kepada saya.
1.30 petang : Majlis hari jadi saya pun bermula. Para tetamu menyanyikan lagu hari jadi kepada saya. Setelah berhajat, saya pun memotong kek untuk para tetamu. Kami juga menjamu selera bersama-sama. Mereka memuji masakan ibu saya sedap.
3.00 petang : Kami bermain bersama-sama. Selepas itu, mereka pun pulang beransur-ansur. Aku berasa sangat besar hati kerana saya mendapat banyak hadiah hari ini.